SEREMBAN: Kerajaan negeri mengambil pendirian tidak mengiktiraf tindakan Undang yang empat mengisytiharkan bahawa Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dilucutkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini kerana Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani dan membacakan pengisytiharan itu didakwa bukan lagi Undang Luak Sungei Ujong ke-10. Katanya, pengisytiharan itu tidak boleh diterima dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri kerana Mubarak tidak lagi mempunyai…










