Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui agensi berkenaan.

Baginda bertitah, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini.

“Beta akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah baginda seperti dipetik daripada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dijadualkan berakhir kurang sebulan, selain beberapa nama dikatakan diteliti sebagai pengganti.

Azam telah tiga kali dilantik semula bagi jawatan berkenaan, masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024, 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025 dan 13 Mei 2025 hingga 12 Mei tahun ini.

Beliau mula memegang jawatan pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Koya yang memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5 (3) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN