Peletakan jawatan diputuskan PN

Peletakan jawatan diputuskan PN

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor berucap pada Perhimpunan Penjawat Awam Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) perlu membuat keputusan rasmi mengenai peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan itu dalam mesyuarat akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, meskipun Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah mengumumkan peletakan jawatan berkenaan, ia dianggap tidak sah jika mengikut perlembagaan PN.

Katanya, Muhyiddin perlu kekal mengetuai PN jika Mesyuarat Majlis Tertinggi PN membuat keputusan menolak peletakan jawatan itu.

“Walaupun beliau sudah umum, tulis surat letak jawatan tapi berdasarkan Perlembagaan PN mesti dibuat dalam mesyuarat, jadi secara rasmi peletakan itu belum sah, jadi kita tak payah kata jadi begitu jadi begini lagi sebab tak sah lagi letak jawatan.

“Kalau letak jawatan dalam mesyuarat, diterima oleh mesyuarat maka sah lah peletakan itu, tiba-tiba mesyuarat buat keputusan sebaliknya, maka kekal walaupun sudah umum satu dunia,” katanya selepas Perhimpunan Penjawat Awam Kedah, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah mengulas perkembangan berkaitan pelantikan Pengerusi PN baharu yang dikaitkan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bermula 1 Januari lalu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan Pengerusi PN yang disandangnya sejak gabungan itu dibentuk antara Bersatu, Pas dan Gerakan.

Nama Ahmad Samsuri dikaitkan sebagai individu paling layak untuk dilantik menjadi Pengerusi PN termasuk Muhammad Sanusi sendiri yang mencadangkan perkara itu, minggu lalu.

Sementara itu ditanya sama ada akan memberi kesan kepada PN jika Muhyiddin dikekalkan, Muhammad Sanusi mengakui perkara itu sambil tidak menolak cadangan agar Pas pula menerajui gabungan itu.

“Sangat beri kesan, jadi flip flop (tidak berubah) tapi dia sudah bertekad untuk letak jawatan takkan mesyuarat tak terima dan mesyuarat itu akan dibuat saya rasa tak sampai seminggu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN