KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Isa Khan mempersoalkan kewajaran segelintir umat Islam yang menyambut Halloween meskipun mengetahui penganut agama Islam diharamkan menyambut perayaan tersebut.
Malah, Isa turut mendakwa sambutan itu bertentangan agama kerana membabitkan ritual orang yang sudah meninggal dunia.
“Saya tengok ramai orang Islam, artis pun ramai yang sambut halloween.
“Halloween ini ritual roh orang mati, di haramkan sekeras-kerasnya untuk kita yang beragama islam ini sambut. Anda sudah gila?” katanya menerusi Thread.
Isa membuat teguran itu setelah menyaksikan semakin ramai umat Islam zaman sekarang yang kurang pendidikan agama, menyambut perayaan tersebut tanpa berasa serba salah.-UTUSAN
Memuatkan artikel berkaitan…











