Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata tajam

Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata tajam

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera dipercayai diserang tiga individu bersenjatakan senjata tajam di kaki lima sebuah premis perniagaan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pukul 5.55 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4.59 petang membabitkan mangsa lelaki tempatan berusia 30 tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dipercayai diserang tiga suspek tidak dikenali menggunakan senjata tajam sehingga mengalami kecederaan di lengan kiri. 

“Mangsa kini dirawat di Hospital Kajang dan berada dalam keadaan stabil, manakala usaha mengesan serta mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Naazron berkata, motif serangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. 

Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 013-6232713 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini