Da'i Syed lepas bebas pertuduhan rogol

Da’i Syed lepas bebas pertuduhan rogol

DA’I Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful (kiri). - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pendakwah selebriti Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Keputusan majoriti 2 -1 itu dibuat panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan Da’i Syed selaku perayu.

Dengan keputusan majoriti itu, Da’i Syed terlepas daripada hukuman 10 tahun dan tiga sebatan yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus selepas keputusan tersebut, Da’i Syed yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal didakwa merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di Shah Alam, pada pukul 1.35 pagi, 11 September 2019.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini