DUN Kelantan: Pembinaan fasiliti Sukma XXIII masih ikut jadual - Utusan Malaysia

DUN Kelantan: Pembinaan fasiliti Sukma XXIII masih ikut jadual

ZAMAKSHARI MUHAMAD 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek pembinaan infrastruktur dan kemudahan sukan bagi persiapan Sukan Malaysia (Sukma) XXIII Kelantan 2028 berjalan mengikut jadual meskipun Projek Pembinaan Infrastruktur dan lain-lain kerja berkaitan Kompleks Sukan Bukit Merbau mengalami kelewatan sembilan hari.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata, projek melibatkan kos RM53 juta mencapai tahap kemajuan sebenar 51.44 peratus berbanding 52.43 peratus mengikut jadual dengan varian -0.99 peratus.

Katanya, skop utama projek tersebut adalah pembinaan Sewerage Treatment Plant (STP), pembinaan jalan utama dan dalaman sereta Sistem Retikulasi Air termasuk tangki air, rumah pam dan kerja-kerja saliran di kompleks sukan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Projek ini dijadualkan siap pada 12 Jun 2027 setelah mendapat lanjutan masa kedua disebabkan terdapat isu reka bentuk sistem pembentungan yang perlu diselaraskan semula,” katanya bagi menjawab soalan Azhar Salleh (Pas-Pulai Chondong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memberikan perhatian kepada kerja-kerja menaik taraf, penambahbaikan dan penyediaan venue serta kemudahan sukan sedia ada selain projek utama di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pusat Akuatik Tunjong dan Kompleks Sukan Bandar Jeli.

Katanya, ia adalah langkah bagi memastikan keseluruhan fasiliti berada dalam keadan siap sedia untuk digunakan semasa penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

“Bagi peruntukan kerajaan negeri, projek Pembinaan Kerja Tanah Kompleks Sukan Bukit Merbau dengan kos keseluruhan RM68 juta telah siap sepenuhnya pada 18 Ogos lalu. Kerajaan negeri terus melaksanakan pemantauan bersama-sama agensi teknikal yang terlibat bagi memastikan pembangunan dan penyediaan venue dapat disiapkan mengikut jadual serta bersedia untuk digunakan bagi penganjuran Sukma XXIII nanti,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini