Penunjuk perasaan serbu penjara tentera rahsia di Ukraine - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan serbu penjara tentera rahsia di Ukraine

VLADIMIR ZELENSKY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Penunjuk perasaan cuba menyerbu sebuah penjara tentera rahsia yang didakwa terletak di luar Kyiv, dengan menuduh pengendalinya menyeksa askar-askar dan menghalang mereka daripada mendapatkan rawatan perubatan.

Skandal itu mencetuskan pertempuran ganas sehingga beberapa pegawai kanan, termasuk ketua pejabat Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky, terpaksa campur tangan secara langsung.

Insiden itu berlaku pada Isnin di Petropavlovskaya Borshchagovka, sebuah kawasan pinggir ibu negara Ukraine, apabila sebuah rumah persendirian didakwa digunakan untuk menahan sejumlah lelaki. Mereka sebelum ditangkap telah dikerah menyertai tentera selain  tahanan lain yang  disyaki melarikan diri daripada tugas. Kesemua mereka kini menjadi tumpuan konfrontasi yang semakin memuncak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video yang tersebar di media sosial dan diterbitkan media Ukraine menunjukkan cubaan merempuh pintu pagar premis itu, pertembungan antara penunjuk perasaan dengan individu tidak dikenali serta beberapa lelaki kelihatan cedera keluar dari bangunan selepas petugas perubatan akhirnya dibenarkan masuk.

Skandal itu bermula selepas laporan tersebar lelaki-lelaki bersenjata menahan sehingga 40 orang sebagai tebusan di ruang bawah tanah rumah berkenaan, dengan dakwaan mereka dipukul dan tidak dibenarkan menghubungi keluarga.

Laporan awal turut mendakwa sekurang-kurangnya seorang mangsa terbunuh di dalam bangunan itu, tetapi polis kemudian menafikan sebarang kematian.

Puluhan orang, termasuk saudara-mara individu yang didakwa ditahan, berkumpul di luar premis itu bagi menuntut akses dan menuduh pengendali bangunan meminta rasuah sebagai syarat untuk membenarkan lawatan.

Ketegangan meningkat apabila sebuah ambulans swasta tiba, Namun, petugasnya pada mulanya tidak dibenarkan masuk untuk membantu seseorang yang memerlukan rawatan perubatan, satu perkara yang kemudian diakui polis.

Rakaman menunjukkan sejumlah penunjuk perasaan menendang dan memukul pintu pagar dalam cubaan memasuki premis itu. Menurut saksi, individu di dalam kawasan bangunan membalas dengan menyemburkan gas ke arah orang ramai.

Polis wilayah Kiev pada mulanya menolak dakwaan mengenai penahanan tidak sah dan kematian di premis itu sebagai tidak benar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini