Asrama SK Pinapak Pitas terbakar

Asrama SK Pinapak Pitas terbakar

KEBAKARAN yang berlaku di blok asrama SK Pinapak, Pitas. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PITAS: Sebuah blok asrama kekal di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinapak, Pitas, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, PBT II Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 pagi ini.

Bertindak atas laporan itu, katanya, sebuah jentera bersama lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.

“Pasukan bantuan dari BBP Kota Marudu turut dikerahkan dengan dua anggota tambahan, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir membantu kawalan keselamatan.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pukul 8.58 pagi dan kami meneruskan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada risiko kebakaran semula,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN