Stor penyimpanan peralatan KTMB musnah 95 peratus

Stor penyimpanan peralatan KTMB musnah 95 peratus

SEBUAH stor penyimpanan peralatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Desa Pinggiran Putra, Sepang, Selangor musnah kira-kira 95 peratus dalam kebakaran malam tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah stor penyimpanan peralatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Desa Pinggiran Putra, Sepang, Selangor musnah kira-kira 95 peratus dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.42 malam.

Katanya, jentera pertama tiba di lokasi kira-kira pukul 11 malam dan mendapati api sedang marak ketika pasukan bomba memulakan operasi pemadaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 95 peratus stor berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati kebakaran melibatkan 10 kontena dan enam unit ‘transformer’ yang ditempatkan di kawasan stor berkenaan.

Selain itu, kebakaran tersebut turut membabitkan empat buah tong gas oksigen, 4 tong gas Carbon Dioxide(CO2), longgokan kabel serta enam tong diesel.

“Operasi pemadaman membabitkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil dengan bantuan BBP Bangi serta BBP Cyberjaya.

“Kerja pemadaman selesai berdasarkan laporan terkini pada pukul 12.50 tengah malam.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini