Pertikai Titah Pengampunan Diraja menjurus ingkar perintah Agong

Pertikai Titah Pengampunan Diraja menjurus ingkar perintah Agong

INSTITUSI raja perlu terus dihormati sebagai payung negara dan pemelihara perpaduan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang hujah mempertikaikan Titah Pengampunan Diraja yang dikeluarkan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan di rumah selepas membayar denda RM50 juta, menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Istana Negara dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah
Persekutuan dan Peguam Negara, telah memberikan nasihat yang sewajarnya
kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selanjutnya, Seri Paduka Baginda telah memerintahkan bahawa Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat iaitu sekiranya membayar denda RM50 juta.

“Perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.

“Tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan,” katanya hari ini.

Istana Negara juga menyebut bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pendirian Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar yang menyatakan supaya pelaksanaan tahanan di rumah melibatkan Najib sewajarnya ditangguhkan dengan alasan timbul persoalan perundangan berhubung interpretasi frasa “menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta” dan kesannya terhadap baki hukuman penjara bagi kes SRC International.

Susulan pendirian itu, Najib yang sudah melunaskan denda sebanyak RM50 juta, semalam, sebagai syarat menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan di rumah masih kekal di Penjara Kajang sehingga setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini