Enam maut dalam tembakan rambang di Poland

Enam maut dalam tembakan rambang di Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Enam maut manakala lebih 12 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah dataran tumpuan pelancong di Krakow, Poland, petang semalam.

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, berkata tiga lagi individu yang dipercayai anggota keluarga suspek turut ditemukan mati di kediamannya.

Polis berkata, suspek yang merupakan warga Poland melepaskan tembakan ke arah orang ramai ketika memandu memasuki Dataran Utama, kawasan tumpuan pelancong di pusat bandar Krakow.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa anggota polis turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Menteri Dalam Negeri Poland, Marcin Kierwinski, berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai kecenderungan terhadap ideologi pelampau kanan.

“Segala-galanya menunjukkan pelaku mempunyai pandangan yang sangat radikal. Sejumlah senjata ditemukan di dalam kereta yang dipandunya,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, petunjuk awal turut menunjukkan suspek terpengaruh dengan ideologi pelampau kanan.

Suspek ditembak dan cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota polis pada jarak tidak jauh dari lokasi kejadian, menurut polis.

Jurucakap Polis Krakow, Katarzyna Cisło, memberitahu stesen penyiaran TVN24 bahawa suspek memakai pakaian ala tentera dan menggunakan senjata api laras panjang jenis tentera dalam serangan itu.

Polis turut menemukan beberapa lagi senjata api serta peluru di dalam kereta suspek.

Cisło berkata, lelaki itu bertindak sendirian dan keadaan orang awam kini terkawal.

Kes tembakan rambang yang mengorbankan ramai mangsa jarang berlaku di Poland.

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan anggota polis dan ambulans memenuhi kawasan berkenaan, manakala sebuah helikopter Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Udara Poland turut mendarat di dataran itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini