Poland pertimbang wajibkan kerahan tenaga - Utusan Malaysia

Poland pertimbang wajibkan kerahan tenaga

GAMBAR fail beberapa askar Poland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Poland mempertimbangkan untuk mengembalikan khidmat ketenteraan wajib bagi memperkukuh angkatan tenteranya susulan peningkatan ancaman dari Russia, termasuk cadangan mewajibkan penyertaan lelaki dan wanita.

Menurut laporan Bloom­berg, Timbalan Menteri Perta­hanan Poland, Magdalena Sob­kowiak-Czarnecka memaklumkan kementerian berkenaan sedang meneliti beberapa mo­del perkhid­matan ketenteraan.

Beliau menyokong pelaksa­naan khidmat ketenteraan wajib bagi lelaki dan wanita. Namun, beliau berpendapat tempoh peralihan  perlu diberikan terlebih dahulu dengan mengekalkan penyertaan secara sukarela.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Pertahanan dijangka mengumumkan keputusannya dalam tempoh terdekat. Bag­aimanapun,  Sobkowiak-Czar­necka tidak menyatakan bi­la keputusan itu akan dibuat.

Isu meningkatkan jumlah ang­­katan tentera dan melatih ang­­gota simpanan semakin men­dapat perhatian di seluruh Ero­pah sejak Russia melancarkan pen­cerobohan besar-besaran ke atas Ukraine.

Perkara itu semakin mendesak terutama bagi negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di bahagian timur, termasuk Poland yang berdepan pencerobohan dron dan cubaan melakukan sabotaj dengan pihak berkuasa menyalahkan Russia atas kejadian berkenaan.

Selepas perang besar-besaran di Ukraine bermula, kerajaan Poland pimpinan Donald Tusk memperluas program latihan ketenteraan secara sukarela.

Bagaimanapun, cadangan ter­dahulu untuk memperkenalkan latihan ketenteraan wajib kepada semua orang awam tidak pernah dilaksanakan.

Angkatan tentera Poland kini mempunyai lebih 220,000 anggota, termasuk askar profesional dan Pasukan Pertahanan Wilayah yang kebanyakannya menjalani perkhidmatan ketenteraan sambil bekerja atau me­lanjutkan pelajaran.

Pada awal Oktober, Menteri Pertahanan, Władysław Kosiniak-Kamysz berkata, Poland merancang meningkatkan jumlah anggota tenteranya kepada 300,000 orang dan menubuhkan pasukan simpanan seramai 200,000 anggota.

Poland menggantung pelaksanaan khidmat ketenteraan wajib pada 2009. Cadangan un­tuk mengembalikannya kini menjadi perdebatan politik menjelang pilihan raya Parlimen tahun depan, dengan beberapa ahli politik pembangkang berhaluan kanan mendesak supaya dasar itu diperkenalkan semula.

Namun, cadangan mengembalikan khidmat ketenteraan wajib itu menerima reaksi berbeza dalam kalangan rakyat Poland.

Menurut tinjauan Opinia24 yang dijalankan untuk RMF FM dan diterbitkan pada Rabu, sebanyak 48 peratus rakyat Poland menyokong pengembalian khidmat ketenteraan wajib, manakala 38 peratus mahu me­ngekalkan sistem yang bergantung sepenuhnya kepada tentera profesional.

Penentangan terhadap cadangan itu paling ketara dalam kalangan golongan muda, de­ngan 53 peratus responden muda menolak pengenalan semula khidmat ketenteraan wajib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini