WARSAW: Pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky bertindak memulangkan anugerah tertinggi negara Poland selepas presiden negara itu, Karol Nawrocki melucutkan penghormatan berkenaan susulan ketegangan politik berhubung isu sejarah Perang Dunia Kedua yang kembali tercetus. Zelensky menerusi hantaran di media sosial menjelaskan, rakyat Ukraine percaya anugerah tersebut sebenarnya dikhususkan untuk rakyat dan tentera Ukraine. “Hari ini, saya memulangkan semula Pingat berkenaan kepada presiden Poland. Saya percaya masa depan akan membuktikan penghormatan yang selayaknya…










