Liverpool patut ‘kenduri’ gol - Iraola

Liverpool patut ‘kenduri’ gol – Iraola

RIO Ngumoha meraikan jaringan gol ketiga Liverpool, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool sepatutnya meledak lebih banyak jaringan ketika berdepan musuh tradisi, Manchester United di Anfield, semalam.

Pengurusnya, Andoni Iraola berkata, kemenangan 4-0 tidak memadai kerana anak buahnya dihidangkan deretan peluang didepan gawang pelawat.

Kemenangan itu melonjakkan Liverpool melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus memberikan permulaan pahit kepada Mauricio Pochettino.

Memuatkan artikel berkaitan…

Iraola tidak menyembunyikan kegembiraan selepas meraikan kemenangan bersama penyokong di Anfield, terutama ketika Liverpool akhirnya mempamerkan aksi meyakinkan di laman sendiri.

“Saya menikmatinya. Sejujurnya, saya mahu melakukan perkara itu lebih kerap. Saya mahu meraikan detik itu bersama penyokong kerana mereka juga berhak menikmatinya.

“Kami beraksi baik di tempat lawan musim ini, tetapi di laman sendiri belum cukup bagus. Kami memerlukan perlawanan besar dan United sememangnya perlawanan besar.

“Memang keadaan perlawanan berubah apabila mereka bermain dengan 10 pemain untuk sebahagian besar permainan, tetapi kami tetap menjalankan tugas dengan baik,” katanya

Perlawanan berubah selepas Leny Yoro dilayangkan kad merah pada minit kelapan kerana mengasari Alexander Isak, sekali gus membuka ruang buat Dominik Szoboszlai meletakkan Liverpool di depan menerusi sepakan percuma.

Iraola menganggap keputusan pengadil melayangkan kad merah itu tepat kerana Yoro merupakan pemain terakhir dalam pertahanan United.

“Pada saya, dia pemain terakhir, bukan? Itu jelas satu kekasaran dan kad merah, betul?

“Kami perlu lebih klinikal kerana hari ini kami mencipta banyak peluang jelas, tetapi gagal menyudahkan beberapa peluang ketika berdepan penjaga gol. Saya rasa kami sepatutnya menjaringkan lebih daripada empat gol.

“Masih ada aspek yang perlu diperbaiki supaya lebih kejam di depan gol, tetapi hari ini ia tidak menjejaskan kami dan saya fikir kami menamatkan perlawanan dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini