Martin hidupkan peluang buru gelaran

Martin hidupkan peluang buru gelaran

JORGE Martin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTIMAO: Jorge Martin menghidupkan peluang memburu kejuaraan dunia MotoGP 2026 selepas Marc Marquez terjatuh pada perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algarve, kelmarin.

Marquez terjatuh di Selekoh 7 ketika hujan semakin lebat, sedangkan dia hanya berbaki satu setengah pusingan untuk mengesahkan gelaran dunia kelapan. 

Insiden itu membolehkan Martin yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima untuk merapatkan jurang mata kepada 55 mata di belakang pelumba Ducati berkenaan, sekali gus mengekalkan peluang tipisnya memburu kejuaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Martin berkata, dia menyangka Marquez mampu mengesahkan gelaran lebih awal sebelum insiden itu membuka peluang untuknya meneruskan cabaran pada perlumbaan utama. 

“Saya menyangka dia akan memastikan kejuaraan hari ini, jadi peluang itu terbuka sekali lagi esok. Namun, segala-galanya masih dalam tangannya dan saya akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Martin yang memulakan perlumbaan dari petak ketujuh berada di kedudukan keenam ketika Marquez terjatuh selepas bergelut memintas pelumba KTM, Pedro Acosta.

Dia turut berpuas hati dengan peningkatan rentak perlumbaannya dan percaya mampu mencabar podium sekiranya melakukan permulaan lebih baik serta berada dalam kelompok hadapan sejak awal saingan.

“Jika saya dapat melakukan permulaan lebih baik dan berada sedikit di hadapan, mungkin podium menjadi sasaran yang realistik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini