Alonso akui Chelsea rapuh

Alonso akui Chelsea rapuh

COLE Palmer. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Chelsea, Xabi Alonso mengakui pasukannya berada dalam situasi rapuh selepas dibelasah 1-4 oleh Leeds dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, kelmarin. 

Alonso berkata, kekecewaan yang dirasai pasukan turut dikongsi penyokong yang meletakkan harapan tinggi terhadap Chelsea, namun semua pihak perlu bersama-sama mencari jalan untuk mengatasi situasi berkenaan.

Beliau mengakui Chelsea kini berada dalam keadaan rapuh, namun menegaskan pasukan perlu terus bekerjasama dan bersatu memandangkan perjalanan musim masih panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak, kami kecewa dan penyokong juga kecewa kerana mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan.

“Kami bersimpati dengan mereka dan perlu mengharungi situasi ini bersama-sama serta mencari jalan penyelesaian, kerana ini bukanlah saat yang mudah.

“Ini merupakan tempoh yang rapuh, namun kami perlu bekerjasama dan kekal bersatu kerana perjalanan masih panjang,” katanya.

Kekecewaan itu turut tercermin menerusi tindakan Cole Palmer yang dirakam menghampiri rakan sepasukan, Joao Pedro sebelum beredar menuju ke terowong pemain tanpa menyertai skuad lain memberikan penghargaan kepada penyokong.

Pedro bersama pegawai sokongan dan pembangunan pemain Chelsea, Willie Isa, dipercayai cuba memujuk Palmer supaya mengelilingi padang untuk menghargai penyokong yang masih berada di stadium.

Bagaimanapun, Alonso menafikan perkara itu ketika ditanya mengenai insiden berkenaan, sambil menegaskan Chelsea perlu terus bersatu untuk mengharungi tempoh sukar itu.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir EPL, sekali gus jatuh ke tangga kelapan liga selepas mencatat lima kemenangan, satu seri dan lima kekalahan daripada 11 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini