Kejayaan SPRM bukti keberkesanan siasatan berasaskan risikan

Kejayaan SPRM bukti keberkesanan siasatan berasaskan risikan

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelamatkan berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun disifatkan sebagai bukti keberkesanan siasatan berasaskan pendekatan intelligence based investigation (IBI) atau siasatan berasaskan risikan serta penggunaan teknologi analitik dan kewangan terkini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan itu dicapai dengan kesungguhan pasukan serta mandat yang jelas daripada kerajaan, SPRM dan agensi penguatkuasa lain telah berjaya menumpaskan jaringan gelap tersebut.

“Kartel ini bukan berskala kecil. Mereka bergerak dengan rangkaian, modal besar dan perlindungan tertentu selama bertahun-tahun. Tetapi dengan kesungguhan pasukan serta mandat yang jelas daripada kerajaan, SPRM dan agensi penguat kuasa lain telah berjaya menumpaskan jaringan gelap tersebut.

“SPRM kekal komited memastikan semua bentuk rasuah, termasuk yang melibatkan penyeludupan, cukai, hasil negara, ketirisan dan pengubahan wang haram ditangani secara tegas tanpa mengira kedudukan, jawatan atau pengaruh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengiktirafan terhadap usaha keras agensi-agensi penguat kuasa dalam memerangi kartel dan sindiket penyeludupan yang telah berakar umbi berpuluh tahun sehingga kerugian negara mencecah berbilion ringgit.

Katanya, ketegasan yang ditunjukkan oleh kepimpinan negara memberikan ruang jelas kepada SPRM untuk bertindak tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah, penyeludupan dan penyelewengan hasil negara.

“Pengiktirafan Perdana Menteri terhadap kejayaan menumpaskan kartel sebesar ‘kontena’ ini adalah dorongan besar kepada seluruh warga SPRM untuk terus berusaha memerangi rasuah.

“Tindakan yang diambil bukan kerja sehari dua, tetapi hasil siasatan yang mendalam, operasi bersepadu dan kerjasama erat antara SPRM, LHDN, PDRM, Kastam serta agensi penguatkuasa lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×