Lima penyeludup lari, KPDN rampas 4.1 tan minyak masak

Lima penyeludup lari, KPDN rampas 4.1 tan minyak masak

HANIF Yusabra Yusuf (kiri) menunjukkan minyak masak peket yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN / ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lima penyeludup melarikan diri dengan meninggalkan  lima buah kenderaan yang membawa lebih 4.1 tan metrik minyak masak bersubsidi selepas kegiatan haram mereka terbongkar menerusi Op Tiris 4.0 di Kampung Kubang Chetok, Pasir Mas, dekat sini malam tadi.

Serbuan pukul 8 malam itu membabitkan nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan berjumlah RM138,053.50.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kejayaan itu hasil maklumat risikan dengan kerjasama Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) l Pasir Mas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemeriksaan di lokasi selepas serbuan dilalukan mendapati  lima kenderaan yang digunakan untuk membawa minyak masak berkenaan terdiri daripada Toyota Unser, Mitsubishi Pajero, Nissan Navara dan Toyota Hiace.

“Kes pertama membabitkan sebuah Toyota Unser, Mitsubishi Pajero dan Nissan Navara bersama 1,577kg minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan sitaan termasuk kenderaan RM70,678.50.

“Kes kedua pula membabitkan sebuah Toyota Hiace dan Mitsubishi Pajero bersama 2,550kg minyak masak bersubsidi dengan nilai keseluruhan sitaan RM67,375,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hanif Yusabra memberitahu, siasatan awal mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan minyak masak daripada pemborong dan pembekal di negeri ini khususnya di kawasan sempadan, sebelum mengumpulkannya di satu lokasi.

Katanya, KPDN Kelantan percaya kegiatan itu  aktif kira-kira dua bulan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan berlaku penyelewengan barang kawalan bersubsidi untuk tujuan menyalahi undang-undang. Tindakan turut diambil terhadap individu yang dikaitkan dengan kedua-dua kes berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini