IPT tidak halang pelajar mengundi

IPT tidak halang pelajar mengundi

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU : Universiti Awam (UA) dan swasta tidak pernah menghalang mana-mana pelajarnya untuk pulang mengundi dalam mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, hak mengundi bagi pelajar dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengambil contoh kes tertentu sepertimana berlaku di Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkaitan penganjuran hari konvokesyennya, katanya pihak universiti sudah pun memutuskan untuk menyelaras semula tarikhnya.

“Dua bulan lalu, ditimbulkan sama ada KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) perlu menimbangkan kedudukan mahasiswa, sama ada yang belajar di UMS Sabah, ataupun di semenanjung, bagi membolehkan mereka pulang (mengundi).

“Khususnya di UMS, kerana 60 peratus pelajar yang belajar di UMS itu adalah anak-anak Sabah. Jadi, pihak universiti sudah pun membuat keputusan untuk diinjak sikit hari konvokesyennya.

“Kita faham, walaupun diperingkat awal ada sedikit ‘pro and cons’, ada yang kata tak setuju, ada kata setuju, tapi akhirnya ia (kekangan itu) dapat diselesaikan,” katanya pada majlis makan malam bersama media  di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pihak universiti memahami akan keperluan penjaga khususnya ibu bapa dan pelajar yang terbabit dalam acara itu, namun pada sama perlu menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Kita tidak mahu dilihat KPT cuba menghalang pelajar-pelajar untuk tidak mengundi, kerana hak mengundi ini adalah satu yang sudah pun ditetapkan dalam Perlembagaan kita.

“Jadi, kita selesaikanlah. Kita akan benarkan untuk mereka pergi balik mengundi,” katanya.

Ketika ditanya cadangan meletakkan pelajar dalam ketegori pengundi pos, Zambry berkata, tidak ada perbincangan antara KPT dan SPR mengenainya setakat ini, kerana SPR tertakluk kepada kriteria tertentu.

“Jadi, kriteria pengundi pos untuk pelajar yang ada bagi satu pilihan raya di sini belum ada ditetapkan oleh SPR. Apa-apa pun, kita serahkan pada SPR,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×