Johnson antara pemain LIV tuntut bayaran lebih RM423 juta

Johnson antara pemain LIV tuntut bayaran lebih RM423 juta

DUSTIN Johnson. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Juara dua kejohanan utama, Dustin Johnson, antara pemain golf LIV yang menuntut bayaran keseluruhan melebihi AS$100 juta (RM423 juta) daripada Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF).

PIF membiayai LIV Golf menerusi kontrak lumayan dan hadiah wang tunai kejohanan sejak liga itu diperkenalkan pada 2022, sebelum mengumumkan penarikan sokongan pada April lalu.

Menurut peguamnya, David Cornwell, tindakan seterusnya bergantung pada cara PIF mengendalikan penamatan operasi liga itu dalam format asalnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemain terbabit membuat keputusan menyertai LIV berdasarkan jaminan PIF bahawa liga itu akan terus beroperasi.

“PIF sebelum ini menjalin kerjasama yang baik dengan pemain LIV, tetapi kini dilihat seolah-olah mengabaikan mereka,” katanya.

Beliau berkata, liga sukan profesional dan kesatuan pemain di Amerika Syarikat serta organisasi sukan di seluruh dunia perlu memberi perhatian terhadap tindakan PIF itu.

“Cara PIF melayan pemain LIV mungkin memberi gambaran bagaimana mereka akan melayan atlet profesional dalam sukan lain. Cara sesebuah pihak bertindak dalam satu perkara lazimnya mencerminkan tindakannya dalam perkara lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini