PRN Sabah: Undi Cina merosot tanggungjawab semua parti PH

PRN Sabah: Undi Cina merosot tanggungjawab semua parti PH

KHALID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penurunan sokongan pengundi Cina dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kerusi-kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini, adalah masalah dan tanggungjawab bersama semua anggota parti.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, disebabkan itu, Amanah mencadangkan satu Task Force dibentuk oleh PH untuk menganalisa punca-punca kemerosotan undi tersebut dan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk menanganinya.

Beliau berkata, Kerajaan Madani perlu meningkatkan usaha penerangan kepada rakyat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jentera penerangan parti-parti kerajaan Gabungan Perpaduan, selain melibatkan agensi-agensi kerajaan.

“Semua entiti komunikasi PH perlu diperkasakan dan diselaraskan di bawah satu badan yang dibentuk oleh PH.

“Pihak Kerajaan perlu memperbanyakkan libat urus dengan parti-parti politik dan wakil-wakil masyarakat dalam proses menggubal inisiatif dan polisi kerajaan sebelum ia dilaksanakan.

“Proses libat urus ini dapat membantu kerajaan untuk memahami kehendak rakyat dalam sesuatu persoalan dan mengelak kesan yang tidak diingini terhasil melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif. Pada masa sama, libat urus ini juga memberi peluang kepada rakyat untuk memahami hasrat dan matlamat kerajaan dalam menggubal inisiatif berkenaan,” katanya.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang berlangsung semalam, bagi membincangkan beberapa isu-isu semasa terutamanya perkembangan politik pasca PRN Sabah, pentadbiran Kerajaan Madani dan pengurusan parti Amanah dan PH.

Khalid berkata, parti itu menghargai kejayaan Kerajaan Madani melaksanakan begitu banyak inisiatif-inisiatif untuk rakyat.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan inisiatif-inisiatif itu dilihat masih gagal mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan atas sebab-sebab tertentu.

Semasa PRN Sabah ke-17, baru-baru ini, DAP gagal meraih sebarang kerusi daripada lapan kerusi yang ditandingi parti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN