Dua lelaki didakwa esok, kes wanita maut tangan berikat di Blue Water Estate

Dua lelaki didakwa esok, kes wanita maut tangan berikat di Blue Water Estate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki akan didakwa esok berhubung kes pembunuhan jurujual wanita yang ditemukan mati dengan tangan terikat di Blue Water Estate, Seri Kembangan dekat sini pada 29 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan (PPN) Selangor dan pihaknya menerima arahan untuk menuduh dua suspek terlibat.

“Dua lelaki tempatan berusia 20-an akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan dijadualkan pada pukul 8 pagi esok di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, polis menahan lima individu termasuk bekas teman lelaki mangsa, abang angkatnya serta rakan serumah wanita bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Ampang serta kedai serbaneka di Bukit Bintang ditemukan orang awam pada pukul 3.45 petang, 29 Oktober lalu selepas terhidu bau mencurigakan.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN