Tempoh percubaan Sistem Imigresen Bersepadu mulai Isnin ini

Tempoh percubaan Sistem Imigresen Bersepadu mulai Isnin ini

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan melalui tempoh percubaan pada Isnin ini melibatkan pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR yang dijanakan melalui aplikasi mudah alih MyNIISe.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), fasa awal percubaan ini melibatkan laluan kereta sahaja di dua pintu masuk utama iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dengan membuka 16 laluan kereta (lapan masuk, lapan keluar)

Katanya, pintu masuk kedua pula melibatkan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)dengan 12 laluan kereta (enam masuk, enam keluar).

“Aplikasi MyNIISe telah dimuat turun lebih 10,000 orang pengguna setakat semalam, menunjukkan penerimaan awal yang positif.

“Sepanjang tempoh percubaan ini, KDN mengalu-alukan maklum balas pengguna yang boleh disalurkan melalui e-mel
[email protected].

“Selepas fasa laluan kereta, percubaan penggunaan Kod QR di laluan motosikal serta laluan pejalan kaki/penumpang bas akan dimulakan pada bulan berikutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN