‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’

‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kemahuan semua pihak untuk mencapai persefahaman menjadi asas penting dalam memastikan usaha memperkukuh muafakat politik antara parti-parti yang terlibat dapat direalisasikan menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap perbezaan yang timbul dalam usaha mencapai kesepakatan mempunyai jalan penyelesaian menerusi mekanisme yang boleh dibincangkan bersama.

Menurutnya, perkara paling utama bukanlah kaedah yang akan digunakan, sebaliknya kesediaan semua pihak untuk mencapai persetujuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya mekanisme jalan keluar ada. Kita ada kaedah. Bagi saya mudah saja, di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalan.

“Yang penting kemahuan itu dulu. Insya-Allah jalan itu akan ada,” katanya ketika ditanya media mengenai formula agihan kerusi di Pahang sekiranya berlaku muafakat PN-BN selepas Sidang DUN Pahang, semalam.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, buat masa ini pembahagian kerusi sedia ada akan terus digunakan, manakala sebarang perbincangan mengenai kerusi baharu akan dilakukan apabila tiba masanya.

“Sekarang ini kerusi kita pakai kerusi yang lama dulu. Kerusi baharu nanti insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini