Siasatan SPRM babit aset Tun M masih diteruskan

Siasatan SPRM babit aset Tun M masih diteruskan

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat daripada agensi penguat kuasa luar negara berhubung perkara itu.

“Siasatan terhadap Dr Mahathir masih lagi dijalankan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset-aset yang dimilikinya.

“Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathirl antara individu yang diminta membuat pengisytiharan aset kepada SPRM tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini berkata beliau tidak memiliki kekayaan luar biasa seperti yang didakwa sesetengah pihak dan menyifatkan tuduhan berkenaan bermotifkan politik.

Azam berkata, SPRM memberi keutamaan untuk mendapatkan kerjasama pihak berkuasa luar negara kerana kebanyakan maklumat aset yang dikaitkan dengan Dr Mahathir melibatkan aset di luar Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN