Pendakwaan terhadap Akmal Saleh hanya intimidasi politik

Pendakwaan terhadap Akmal Saleh hanya intimidasi politik

AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pendakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh yang disifatkan sebagai satu bentuk intimidasi politik untuk menutup teguran berhubung isu kedaulatan Jalur Gemilang.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, pihaknya akan terus memberikan solidariti penuh kepada Akmal dalam menghadapi pertuduhan tersebut.

“Pergerakan Pemuda UMNO bersolidariti penuh bersama Datuk Dr. Akmal Saleh dalam menghadapi ujian getir ini dan akan terus memberikan sokongan agar keadilan dapat dibuktikan di mahkamah yang mulia,” katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan Akmal akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Ogos ini (Jumaat) di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan kesalahan mengeluarkan kenyataan, khabar angin atau laporan yang boleh menimbulkan ketakutan atau mengganggu ketenteraman awam.

Pertuduhan berkenaan dipercayai berkaitan isu yang diperjuangkan Akmal dan Pergerakan Pemuda UMNO mengenai insiden Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik serta penganjuran Himpunan Solidariti Jalur Gemilang di Bertam, Kepala Batas, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN