Berlindung dalam kedai, keluar panggung wayang selamatkan diri

Berlindung dalam kedai, keluar panggung wayang selamatkan diri

MUHAMMAD Uyun Ridhwan Muhamad Yusri menunjukkan lokasi kejadian tembakan dekat pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam, Selangor, kelmarin. – UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Berlindung di dalam premis kedai dan keluar dari panggung wayang, demikian situasi cemas ditempuh pe­ngunjung sebuah pusat beli-belah dekat Setia Alam di sini, yang dikejutkan dengan insiden tembakan, kelmarin.

Kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki cedera akibat ditembak suspek di kawasan tingkat bawah premis ber­kenaan.

Pengunjung wanita berusia 40-an yang enggan dikenali berkata, dia bersama beberapa ahli keluarga sedang makan di sebuah kedai dalam pusat beli belah itu, kira-kira pukul 9.45 malam.

“Tidak lama kemudian, saya terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dan segera keluar menyelamatkan diri. Pada waktu itu, saya melihat ada pengunjung lain turut berlindung dalam premis yang pintu pagarnya ditutup secara automatik,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Uyun Ridhwan Muhamad Yusri, 28, pula berkata, sejurus insiden tembakan itu, beliau segera membawa pengunjung ke laluan belakang kedai bagi menyelamatkan mereka.

Menceritakan detik cemas itu, ketika kejadian dia mahu menu­tup operasi perniagaan premis berkenaan, kira-kira pukul 10 malam.

“Saya pada awalnya me­nyangka bunyi kuat didengari itu adalah barang terjatuh namun terkejut menyedari ia rupanya kejadian tembakan kurang 50 meter dari premis.

“Pada waktu itu, empat individu daripada sebuah keluarga memasuki kedai dan saya membawa mereka ke pintu belakang dalam keadaan panik,” kata penyelia kedai peralatan senaman dan kecergasan di pusat beli-belah itu.

Sementara itu, pengunjung dikenali sebagai Nazeem, 30-an memberitahu, ketika kejadian dia sedang menonton wayang di tingkat atas premis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN