SHAH ALAM: Seorang ‘tokan’ dadah dan 20 penagih diberkas polis yang menggempur kawasan belukar serta rumah kosong di dua daerah, baru-baru ini. Operasi (Op) Sarang itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor di sekitar Kajang dan Klang bermula 2 hingga 8 September lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan 21 lelaki melibatkan 16 warga tempatan dan lima Bangladesh berusia antara 20 hingga 60 tahun dibuat…