Ekstasi, erimin 5 nilai RM21.8j untuk pasaran Lembah Klang dirampas 

Ekstasi, erimin 5 nilai RM21.8j untuk pasaran Lembah Klang dirampas 

DATUK Seri Khaw Kok Chin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura dan merampas dadah semuanya  bernilai RM21.8 juta di ibu negara kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,  suspek  pertama membabitkan  lelaki tempatan ditahan di sebuah kedai ubat di  Taman Desa Petaling, di sini pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, siasatan awal  mendapati kedai ubat  tersebut dijadikan stor bagi menyimpan bekalan dadah yang diperoleh dari luar negara sebelum dipasarkan sekitar Lembah Klang.

“Lelaki tempatan berusia berusia 48 tahun  itu disyaki berperanan sebagai ‘runner’ menghantar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang.

“Bersama lelaki itu polis menemukan 209.65 kilogram erimin 5 di sebuah bilik dalam premis itu” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Susulan tangkapan itu, Kok Chin berkata, seorang lelaki warga Singapura ditahan kira-kira 30 meter dari lokasi serbuan pertama.

Kata beliau, lelaki berusia 64 tahun itu dan  dalang sindiket ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan mewah bersama 5.55 kilogram pil ekstasi.

“Dadah itu ditemui diletakkan di tempat letak kaki penumpang hadapan.Semakan terhadap kedua-dua suspek mendapati tiada rekod jenayah lampau dan mereka negatif daripada sebarang pengaruh dadah,” kata beliau.

Bagaimanapun, kata beliau, lelaki Singapura itu pernah ditahan sebelum ini namun dibebaskan dengan jaminan akibat tidak cukup bukti pada ketika itu.

Kata Kok Chin, kesemua dadah yang dirampas bernilai RM21.8 juta membabitkan 209.65 kilogram pil erimin dan 5.55 kilogram pil ekstasi.

Jelas beliau, sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari lalu serta dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 1.1 juta penagih.

“Kesemua suspek direman  enam hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbabaya 1952,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN