JKDM Pahang rampas rokok, arak bernilai hampir RM600,000.

Kastam Pahang rampas rokok, arak bernilai hampir RM600,000. 

MOHD Asri Seman (kanan) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas dalam sidang media yang diadakan di Jabatan Kastam Jalan Besar, Kuantan. -UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran barangan terlarang berupa rokok dan minuman keras pelbagai jenis dan jenama membabitkan nilai rampasan hampir RM600,000 termasuk cukai dan duti.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd. Asri Seman berkata, rampasan tersebut adalah hasil serbuan di tiga premis perniagaan di kawasan Perindustrian Teluk Kalung Kemaman, Terengganu pada 3 Julai lalu.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 310,512 batang rokok dan 4932.92 liter arak  pelbagai jenis dan jenama berjumlah keseluruhan RM117,594.52 melibatkan jumlah cukai dan duti sebanyak RM461,540.01.

“Serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Stesen Kuantan, Pahang ke atas tiga buah premis berkenaan. Hasil pemeriksaan yang dilakukan, pasukan berjaya menjumpai rokok dan minuman keras pelbagai jenis dan jenama yang disyaki tak berkastam,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Jalan Besar, di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Asri, susulan serbuan itu pihaknya menahan empat pekerja di ketiga-tiga premis perniagaan terbabit di mana tiga daripadanya adalah lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

Mohd. Asri berkata, sindiket terbabit menggunakan premis perniagaan untuk pengedaran rokok dan minuman keras pelbagai jenis dan jenama yang dipercayai dibawa masuk dari negara China menggunakan laluan laut untuk pasaran warganegara China yang bekerja di kawasan perindustrian berkenaan.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu atau memiliki apa-apa barang tak berkastam atau larangan import di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN