PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan pengundi awal tinggi petanda baik PN - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan pengundi awal tinggi petanda baik PN

KHAIRUL AZHARI SAUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Peratusan tinggi pengundi awal keluar mengundi semalam dianggap sebagai petanda baik kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Calon PN, Khairul Azhari Saut berkata, peratusan yang tinggi itu mencatatkan sejarah terutama bagi pasukan tentera di Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erskine apabila 100 peratus pengundi kumpulan itu keluar mengundi.

“Kita dapat maklumat semalam sebenarnya 97 peratus itu untuk kedua-dua kawasan, di Kem Erskine dan juga di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, tetapi saya dapat maklumat untuk di kem, sebenarnya kehadiran yang keluar mengundi itu 100 seratus peratus.

“Yang kurang sedikit adalah di maktab dan sebab kenapa tak keluar mengundi ada yang urus saudara mara meninggal dunia, tak sihat dan beberapa sebab lain, memang tak dapat keluar pergi mengundi,” katanya ditemui selepas melawat sebuah sekolah memandu, hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi kategori pengundi awal melepasi sasaran 95 peratus melibatkan jumlah seramai 863 termasuk 94 orang pengundi pos dalam kalangan pasukan keselamatan itu.

Untuk rekod, komposisi pengundian bagi pasukan polis melibatkan saluran di lima daripada 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu 438 orang di Bandar Kuala Kubu Baharu, 149 di Kampung Air Jernih, 12 di Kerling, sembilan di Pekan Rasa dan 17 di Kampung Baharu Rasa.

Sementara seramai 238 tentera dan pasangan saluran mengundinya adalah di PDM Kampung Air Jernih.

Dalam pada itu, Khairul Azhari yang juga pemangku Ketua Bahagian Parti Bersatu Hulu Selangor enggan membuat kesimpulan awal sokongan kumpulan pengundi itu terhadap PN dan menunggu sehingga hari pengiraan undi Sabtu ini. 

“Kita tak boleh cakap begitu. Sebab kita pun tak tahu lagi. Tetapi ini adalah satu proses demokrasi yang baik. Maksudnya hak kita sebagai pengundi yang harus dan wajib kita tunaikan. 

“Maksudnya itu kesedaran. Kesedaran masyarakat Malaysia, tak kira siapa, undi adalah hak masing-masing dan wajib kita tunaikan. Ini adalah satu semangat. Bila masa pilihan raya, orang keluar mengundi, itu tanggungjawab,” jelasnya

Utusan Malaysia dalam analisisnya mendedahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos tahun lalu, Barisan Nasional menerima tamparan apabila tiada satu pun undi diberikan oleh pengundi awal kepada parti berkenaan.

Sementara undi kepada PN bertambah kepada 530, PH pula memperoleh kira-kira 140 undi, daripada 813 pengundi yang mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN