Guru wanita lebam mata kiri ditumbuk guru lelaki - Utusan Malaysia

Guru wanita lebam mata kiri ditumbuk guru lelaki

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang guru wanita lebam di mata kiri selepas disyaki ditumbuk seorang guru lelaki di kawasan kantin sebuah sekolah di daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan merupakan guru Bahasa Inggeris itu turut mendakwa disepak suspek yang berusia 49 tahun.

“Insiden itu berlaku di kawasan kantin sekolah itu, difahamkan terdapat perkara berbangkit antara kedua-dua guru itu.

“Guru lelaki itu kemudiannya dikatakan menumbuk mata guru wanita itu menyebabkan mata mangsa lebam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Hanyan berkata, bagaimanapun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihak polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×