Seorang daripada 23 wanita berisiko kanser payudara

Seorang daripada 23 wanita berisiko kanser payudara

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Risiko wanita di Malaysia menghidap kanser payudara meningkat kepada satu dalam 23 orang berbanding satu dalam 27 orang sebelum ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2012 hingga 2016 dan 2017 hingga 2021, kanser payudara kekal sebagai kanser paling lazim dalam kalangan wanita di negara ini.

“Lebih membimbangkan, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati 71 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas tidak pernah menjalani ujian mamogram manakala 46 peratus tidak mengamalkan pemeriksaan kendiri payudara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahap saringan yang masih rendah menyukarkan usaha pengesanan awal sedangkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit yang dikesan pada peringkat awal boleh mencecah 95 peratus,” katanya ketika berucap pada Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara peringkat Sarawak di sini hari ini.

Nancy berkata bagi memperluas akses kepada saringan awal kanser payudara, kerajaan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperkenalkan Program Subsidi Ujian Mamogram sejak 2007.

Beliau berkata usaha itu juga diperkukuh melalui penjenamaan Kempen WeCaRe yang merangkumi kesedaran mengenai kanser payudara dan kanser serviks dalam kalangan wanita.
Setakat 30 Sept, beliau berkata sebanyak 598,919 wanita di Malaysia telah mendapat manfaat program itu termasuk 90,075 wanita di Sarawak dengan 88 daripadanya dikesan positif kanser.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini