200 penguat kuasa pantau tiada warga asing beli RON 95

200 penguat kuasa pantau tiada warga asing beli RON 95

LEE Ting Han menyampaikan plak mengiktiraf peniaga yang menjual produk pada harga berpatutan di Bazar Ramadan Taman Perling, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Johor akan memantau bagi memastikan tiada warga asing membeli petrol RON 95 di stesen minyak di seluruh negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, sehubungan itu, penduduk tempatan tidak perlu bimbang kemungkinan berlaku ketirisan petrol RON 95 melibatkan pembelian oleh warga asing.

“Seramai 200 pegawai dan anggota penguatkuasa KPDN Johor akan digerak bagi memantau dan mengelakkan perkara itu daripada berlaku. 

“Namun, sekiranya pengguna mendapat maklumat, boleh laporkan secara rasmi kepada kami.

“Sertakan maklumat diperlukan seperti lokasi stesen minyak, tarikh, gambar bukti dan sebagainya. Tindakan menularkan perkara itu semata-mata tanpa maklumat lengkap akan menyukarkan tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Taman Perling di sini.

Menurutnya, rekod menunjukkan kira-kira 500,000 warga Singapura memandu kenderaan masing-masing di negeri ini, Jumaat lalu.

“Memang musim raya ini ramai pengunjung luar akan masuk ke Johor, ini termasuklah dari Singapura yang berkunjung dan berbelanja di sini. Kita terima laporan hampir 500,000 pengunjung dari Singapura masuk ke Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×