Marc perlu guna helah

Marc perlu guna helah

MARC Marquez. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDALIKA: Marc Marquez perlu menggunakan segala kelebihan yang dimilikinya bagi menghadapi cabaran sengit dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026, terutama di tiga litar yang dijangka memihak kepada pencabarnya, Jorge Martin.

Perkara itu disuarakan adiknya, Alex Marquez yang mengakui jentera Aprilia mampu memberi ancaman besar di Australia, Qatar dan Portugal dalam baki lima pusingan terakhir musim ini.

Marc kini hanya ketinggalan dua mata di belakang Martin selepas kedua-duanya mengumpul 22 mata masing-masing pada Grand Prix (GP) Indonesia di Mandalika, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun litar itu kurang memihak kepada Marc dan Ducati, pelumba Sepanyol itu berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan pecut sebelum menamatkan GP di tempat keenam.

Martin pula menamatkan perlumbaan pecut di tempat keempat sebelum meraih kedudukan ketiga dalam GP.

“Marc berjaya menyelamatkan keadaan, tanpa sebarang keraguan. Saya tidak akan menganggapnya sebagai kemenangan, tetapi dia berjaya melepasi cabaran di litar yang sukar buatnya.

“Persaingan merebut gelaran masih terbuka luas, terutama apabila kita bakal beraksi di Australia, Qatar dan Portimao yang dijangka menjadi litar kuat buat Aprilia.

“Marc perlu menggunakan segala helah yang dimilikinya,” kata Alex.

Daripada lima litar berbaki, Portimao menjadi satu-satunya litar yang belum pernah dimenangi Marc, manakala Phillip Island, Sepang, Lusail dan Ricardo Tormo di Valencia pernah menyaksikan kejayaan pelumba itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini