Anak-anak yatim terima sumbangan MSU 

Anak-anak yatim terima sumbangan MSU 

Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid menyampaikan sumbangan wang zakat dan duit raya kepada 200 anak yatim di Dewan Canselor MSU, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah 200 anak yatim daripada 20 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang diraikan dalam Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Anak-Anak Yatim 2024 yang berlangsung di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) Kampus Shah Alam, minggu lalu.

Majlis penyerahan zakat dan duit raya itu adalah acara tradisi MSU di samping mencerminkan komitmen universiti berkenaan dalam memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti dan menyuburkan budaya bersyukur serta memberi dalam kalangan warga kampus dan masyarakat.

Acara berkenaan disempurnakan Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid yang turut menyerahkan sumbangan wang zakat dan duit raya daripada Yayasan MSU bernilai RM120,000 kepada rumah-rumah kebajikan dan para penghuni.

MSU dalam kenyataan memaklumkan, antara rumah kebajikan terlibat ialah Rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Al-Nasuha, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Rumah Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad dan Pusat Jagaan Darul Imtinan.

“Hubungan erat di antara MSU dan rumah-rumah kebajikan ini telah terjalin semenjak tahun 2011 dan terus berkekalan sehingga kini,” kata MSU dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor MSU, Prof. Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid; Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU; Datuk Rosli Yusof dan pengurusan kanan universiti serta wakil-wakil rumah kebajikan dan anak-anak yatim.

Dalam pada itu, MSU memaklumkan Program MSU Ihya Ramadan 2024 turut menyaksikan pelaksanaan lebih 200 aktiviti melibatkan warga kampus, komuniti setempat serta komuniti antarabangsa. 

“Antara kategori dan golongan komuniti yang disantuni adalah anak-anak yatim, golongan asnaf, mualaf, kategori B40, orang asli, petugas barisan hadapan, pelajar MSU dan Kolej MSU, pelajar sekolah serta rakan-rakan industri,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN