Pegawai kastam maut dibunuh suami - Utusan Malaysia

Pegawai kastam maut dibunuh suami

ANGGOTA polis membawa keluar mayat seorang wanita yang ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah kuarters kakitangan kerajaan di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan.- UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Seorang wanita yang juga pegawai kastam ditemukan maut selepas dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai di sini malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa merupakan wanita berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pegawai kastam.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan di tempat kejadian dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Alzafny berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suspek yang juga suami mangsa dibawa ke lokasi kira-kira pukul 11.40 malam tadi bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokas sekitar pukul 12.10 tengah. malam.

Difahamkan suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

IPD Sepang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada IPD Nilai untuk tindakan lanjut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini