Parlimen: 898 projek pelaburan asing, 86,880 peluang pekerjaan

Parlimen: 898 projek pelaburan asing wujudkan 86,880 peluang pekerjaan untuk rakyat

LIEW CHIN TONG - Kredit Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira sebanyak 86,880 peluang pekerjaan baharu diwujudkan melalui projek-projek pelaburan asing diluluskan yang memberi manfaat secara terus kepada rakyat tempatan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, sebanyak 898 projek pelaburan asing diluluskan dari 2022 hingga 2023 dengan nilai sebanyak RM281.5 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih.

Menurut beliau, projek-projek pelaburan asing yang diluluskan itu akan mewujudkan sebanyak 98,725 peluang pekerjaan baharu dan 88 peratus daripadanya bakal diisi oleh rakyat tempatan.

“Bagi sektor perkilangan, sebanyak 78,033 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan untuk rakyat tempatan. 

“Lima industri utama yang mencatatkan jumlah peluang pekerjaan baharu tertinggi bagi rakyat tempatan adalah elektrikal dan elektronik (40,618), produk mineral bukan logam (6,746), jentera dan kelengkapan (5,555), peralatan pengukuran dan saintifik  (3,791), serta kimia dan produk kimia (3,684).

“Bagi sektor perkhidmatan pula, sebanyak 8,847 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan, dengan tiga sektor utama terdiri daripada perkhidmatan sokongan (5,124), perkhidmatan kesihatan (1,407) serta maklumat dan komunikasi (1,022),” katanya dalam sesi soal lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta kementerian menyatakan peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan mengikut sektor dan industri, hasil daripada limpahan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dalam negara untuk tahun 2024.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, projek pelaburan tersebut akan mengambil masa mengikut skala projek dan keadaan ekonomi semasa.

“Secara lazimnya, projek pelaburan mengambil masa 18 ke 24 bulan untuk direalisasikan bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya