YPM peruntukan RM30,000 bantuan persekolahan tiga Parlimen di Perlis - Utusan Malaysia

YPM peruntukan RM30,000 bantuan persekolahan tiga Parlimen di Perlis

ROZABIL Abd. Rahman menyampaikan sumbangan pada majlis bantuan persekolahan YPM di Pejabat UMNO Bahagian Arau, Tambun Tulang, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Sebanyak RM30,000 bantuan persekolahan diperuntukan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) membabitkan 300 pelajar sekolah di kawasan tiga Parlimen di negeri ini.

Bantuan membabitkan pelajar tingkatan tiga, empat dan lima dalam kategori B40 itu melibatkan mereka dari sekolah-sekolah sekitar Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar,

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata,  bantuan tersebut sebagai tanda sokongan komuniti dalam membantu pelajar kurang berkemampuan.

Katanya, bantuan tersebut sekali gus membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan awal persekolahan bagi sesi 2024/2025 yang akan bermula 11 Mac depan.

“Program bantuan ini akan dilaksanakan secara berterusan berdasarkan laporan diterima Jabatan Pendidikan negeri bagi mengenal pasti pelajar memerlukan di setiap sekolah menengah dan rendah.

“Setiap pelajar dinasihatkan agar terus berusaha mengecapi kejayaan dalam pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi dan menjadikan bantuan diterima sebagai pembakar semangat,” katanya.

Pada majlis tersebut, 100 pelajar dari kawasan Parlimen Arau menerima sumbangan berkenaan yang berjumlah RM100 setiap seorang.

Ia membabitkan 30 pelajar tingkatan, 33 pelajar tingkatan empat dan 37 pelajar tingkatan lima.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN