UMNO Arau pantas bergerak ke depan, laksana pelbagai perancangan - Utusan Malaysia

UMNO Arau pantas bergerak ke depan, laksana pelbagai perancangan

ROZABIL Abd Rahman bersama mahasiswa menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan buat orang ramai sekitar kawasan Arau, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: UMNO Bahagian Arau yang diketuai Datuk Rozabil Abd. Rahman akan melaksanakan pelbagai perancangan yang telah dibuat sepanjang tahun ini.

Rozabil berkata, memasuki setahun mengetuai UMNO Bahagian Arau, segala perancangan yang diatur itu akan dilaksanakan dengan tahun lepas lebih kepada proses pemulihan.

Kata beliau, antaranya juga, UMNO akan mewujudkan semula cawangan-cawangan parti itu yang ditutup atau mempunyai masalah sebelum ini.

“Sewaktu PRU15 lalu, UMNO hanya mempunyai sebanyak 104 daripada 138 cawangan berikutan daripada beberapa isu yang timbul pada ketika itu.

“Bagaimanapun, UMNO Bahagian Arau kini telah berjaya mengembalikan semula semua cawangan berkenaan dan dijangka akan bermesyuarat sebelum 22 April depan.

“Boleh dikatakan semua cawangan yang berdepan masalah sebelum ini telah diwujudkan semula malah kita juga jangkakan akan lebih banyak program dilaksanakan selepas ini khususnya menerusi pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) baru-baru ini,” katanya selepas Program Edaran Bubur Lambuk Bersama Tok Ben di sekitar Arau, di sini, semalam.

Tambah Rozabil, tahun ini, UMNO Bahagian juga akan menfokus pembanguna infra seperti bantuan rumah orang usah, baik pulih surau, jalan raya serta kemudahan lain.

“Selain itu, kita juga tumpu terhadap program-program insaniah dan rohani di mana banyak program tazkirah yang kita buat selama tiga bulan berturut-turut.

“Di mana setiap dua minggu UMNO Bahagian Arau melalui biro agama akan mengadakan program tazkirah di surau-surau.

“Segala perancangan yang kita buat akan dilaksanakan tahun ini,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN