Malaysia kemuka kenyataan bertulis, heret Israel ke ICJ

Malaysia kemuka kenyataan bertulis, heret Israel ke ICJ

SERANGAN tentera Israel yang menyasarkan tempat-tempat awam menyebabkan tiada lagi lokasi yang selamat di Semenanjung Gaza, Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah mengemukakan kenyataan bertulis atau pandangan yang diperlukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kesan kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin pada 25 lepas bagi mengheret Israel ke muka pengadilan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, negara juga akan mengambil bahagian untuk mengemukakan penyerahan lisan untuk tampil di ICJ pada 19 Februari ini.

“Ini merupakan antara komitmen jitu negara untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan,” katanya di sidang Dewan Negara, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris berhubung peranan yang boleh dimainkan Malaysia dalam isu kekejaman rejim Israel di Palestin.

Mengulas lanjut, Moha­mad berkata, Kementerian Luar sedang memainkan peranan aktif membantu mendesak masyarakat antarabangsa mengheret isu kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut beliau, walaupun Malaysia bukan ahli Statut Rom ICC, negara masih boleh menyokong desakan berkenaan.

“Peranan itu termasuk be­kerjasama secara ‘ad hoc’ de­ngan Pejabat Pendakwa Raya ICC bagi menyokong siasatan, selain membantu dari segi menyampaikan dokumen-dokumen perundangan atau memudahkan kehadiran saksi sukarela yang boleh menyokong kes itu apabila dikemukakan di ICC nanti,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya