PETALING JAYA: “Kami sekeluarga sudah tak perlu bimbang jika Nurul Ain gagal dihubungi lagi”. Itu kelegaan bapa kepada Nurul Ain Haron, 37, iaitu rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas bersama suaminya, Mohamed Adam Shaat, 33, di Semenanjung Gaza disebabkan peperangan antara Israel – Hamas sejak 7 Oktober lalu. Bapanya, Haron Hamim, 65, berkata, mereka sekeluarga amat menantikan berita baik daripada semua pihak untuk membawa keluar Nurul Ain dan menantunya dengan…










