Hari duka Jijoe berterusan

Hari duka Jijoe berterusan

Azizulhasni Awang pulang tanda meraih pingat di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib malang terus menghimpit jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang apabila impiannya untuk bangkit dalam acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai tidak kesampaian selepas terkandas di peringkat kalah mati, semalam.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu terlepas peluang ke suku akhir dengan perbezaan masa hanya 0.021 saat (s), ketika berdepan wakil Great Britain, Harry Ledingham-Horn.

Malah, tiada peluang kedua menerusi pusingan repechage disediakan dalam acara itu, sekali gus menamatkan cabaran pelumba berusia 38 tahun berkenaan di Velodrom Shanghai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegagalan itu melengkapkan episod duka buat Azizulhasni selepas beliau terlebih dahulu tersingkir pada peringkat suku akhir acara keirin, menyaksikan kempen individunya di kejohanan dunia kali ini berakhir tanpa pingat.

Meskipun gagal mencapai sasaran di Shanghai, prestasi Azizulhasni sepanjang musim ini tetap membanggakan apabila meraih dua pingat emas keirin dan dua gangsa pecut individu dalam siri Piala Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Beliau turut merangkul pingat emas keirin pada Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, membuktikan dirinya masih mampu bersaing di peringkat tertinggi meskipun berdepan pelumba-pelumba jauh lebih muda daripadanya.

Malaysia kini masih berpeluang memburu pingat pertama di kejohanan berkenaan, dengan harapan terakhir disandarkan kepada dua pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alysaa Mohd Farid, yang bakal beraksi dalam acara keirin, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini