KLANG: “Jangan fikir banyak. Segera lari selamatkan diri.” Demikian luahan penduduk Taman Rashna, di sini yang memilih untuk berpindah segera ke rumah saudara atau kenalan mereka jika kediaman mereka ditenggelami banjir. Mereka yang masih terkesan dengan peristiwa banjir besar pada Disember 2021 tidak mahu kejadian banjir sekali lagi mendatangkan kerugian besar dan kepayahan kepada mereka. Penduduk mendakwa sejak kejadian banjir itu, mereka tidak memesan perabot baharu bagi menggantikan yang rosak,…










