Pantai Timur Food Festival ke Kelantan, Terengganu, Pahang tahun depan

Pantai Timur Food Festival ke Kelantan, Terengganu, Pahang tahun depan

KEMERIAHAN penganjuran Pantai Timur Food Festival yang berlangsung di Anjung Floria, Presint 3, Putrajaya pada 29 Oktober hingga 1 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas menerima sambutan luar biasa menerusi edisi sulung akhir bulan lalu, Pantai Timur Food Festival bakal melebarkan sayapnya ke Terengganu, Kelantan dan Pahang tahun depan.

Pesta makanan dicetuskan jenama MekNoor Nasik Dagang itu dijangka memasuki Terengganu pada Februari dan Kelantan sekitar Jun sebelum ke Pahang.

Pemilik MekNoor Nasik Dagang, Noor Shuhada Zakaria, 36, atau MekNoor berkata, dia memilih tanah kelahirannya sebagai edisi seterusnya kerana itu impiannya sejak awal.

Katanya, bagi edisi Terengganu, Kelantan dan Pahang, pihaknya akan menampilkan lebih ramai vendor tempatan yang terkenal dengan makanan dan hidangan unik.

“Kita mungkin hanya kenal nasi kerabu dan nasi dagang serta patin masak tempoyak namun, masih banyak lagi hidangan tempatan lain yang unik, asli dan semakin dilupakan generasi kini.

“Kita akan menampilkan vendor berkenaan kerana itu hasrat dan visi Pesta Makanan Pantai Timur iaitu mengangkat hidangan asli tempatan ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, edisi sulung penganjuran yang berlangsung di Anjung Floria, Presint 4, di sini pada 29 Oktober hingga 1 Oktober lalu menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 55,000 pengunjung.

MekNoor berkata, kejayaan edisi sulung itu boleh dianggap pencapaian manis buat MekNoor Nasik Dagang sebagai pemain baharu dalam bidang penganjuran acara.

Menurutnya, pihaknya akan terus membantu mengangkat vendor-vendor makanan tempatan selain membantu mereka menempuh situasi sukar ekonomi ketika ini.

“Alhamdulillah, semua vendor yang turut serta pada edisi sulung itu berpuas hati malah, mereka juga tidak sabar untuk menyertai edisi festival seterusnya,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan kekal menampilkan persembahan artis dan mengangkat kebudayaan asli tempatan sebagai program selingan sepanjang siri jelajah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya