53 PATI, 3 tekong darat ditahan polis - Utusan Malaysia

53 PATI, 3 tekong darat ditahan polis

PATI tekong
SEBAHAGIAN daripada 53 PATI cuba keluar dari negara ini secara haram ditahan polis dalam satu serbuan dekat sebuah rumah di Olak Lempit, Banting, di Kuala Langat, Selangor, pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Cubaan seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Indonesia keluar dari negara ini melalui jalan tidak sah gagal selepas tindakan mereka itu berjaya dihidu melalui risikan polis dan makluman orang awam di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kesemua PATI itu dikesan susulan penahanan tiga warga asing berhampiran sebuah rumah di Olak Lempit, Banting di sini dalam operasi bermula kira-kira 6.45 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Selangor menghampiri kenderaan yang mencurigakan dekat sebuah rumah di Olak Lempit sebelum menahan tiga lelaki warga asing yang berada di dalamnya.

“Hasil soal siasat, polis kemudian membuat serbuan dekat sebuah rumah berdekatannya dan menemukan 45 lelaki dan lapan wanita berusia 17 hingga 56 tahun yang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan dan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, tiga daripada mereka dikenalpasti sebagai tekong darat yang mana dua daripadanya didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan sementara seorang tinggal melebihi tempoh.

“Kesemua mereka mengaku ingin keluar dari negara ini melalui jalan laut (tidak diwartakan).

“Polis bertindak menangkap kesemua suspek dan dibawa ke Balai Polis Banting untuk tindakan lanjut. Hasil daripada tangkapan tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan dan dua unit telefon bimbit bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya lagi, 53 PATI direman selama 14 hari sementara tiga tekong itu pula direman selama 28 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya