Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda ribut, banjir kilat - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda ribut, banjir kilat

BEBERAPA kawasan di pusat bandar termasuk di kawasan Komtar dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di pusat bandar termasuk di kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda negeri ini awal pagi tadi.

Hujan lebat kira-kira sejam bermula pukul 11 pagi tadi itu mengakibatkan aliran trafik menghala ke pusat bandar sesak.

Antara kawasan yang dinaiki air hingga ke paras buku lali ialah Jalan Datuk Keramat; Jalan Magazine; Jalan Transfer; Jalan Rangon; Jalan Anson dan kawasan Tanjong Tokong.

BEBERAPA kawasan di pusat bandar termasuk di kawasan Komtar dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut melaporkan berlaku kejadian pokok tumbang di Jalan Gudwara dan menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika menggunakan laluan berkenaan.

Banjir kilat itu dilaporkan surut sepenuhnya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian ribut yang dilaporkan di beberapa kawasan di Seberang Perai Utara (SPU).

BEBERAPA kawasan di pusat bandar termasuk di kawasan Komtar dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Katanya, kejadian itu menyebabkan puluhan pokok tumbang dan beberapa bumbung rumah penduduk tercabut di kawasan SPU, namun tiada mangsa dilaporkan.

“Hujan lebat juga menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan rendah, namun tiada mangsa dipindahkan.

”Pihak bomba sedang memantau situasi dari semasa ke semasa dan kebanyakan pokok tumbang telah dialihkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Bumbung rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya