Banjir Tanjung Malim pulih

Banjir Tanjung Malim pulih

KEADAAN banjir kilat di Tanjung Malim petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Keadaan banjir kilat di daerah ini pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) berkata, malam tadi, PPS itu telah menempatkan 25 keluarga merangkumi 94 mangsa.

Katanya, paras air telah surut dan mangsa telah pulang ke rumah untuk membersihkan kediaman masing-masing pada pukul 8 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi terkini banjir di Perak merekodkan satu PPS masih dibuka di Hilir Perak iaitu di Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan, Teluk Intan yang menempatkan 60 keluarga melibatkan 199 mangsa.

Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada 27 Oktober lepas sehingga Mac 2027 dengan risiko hujan lebat berterusan, banjir serta laut bergelora pada fasa awal monsun.

Di negeri ini, telah berlaku kejadian kepala air yang meragut beberapa nyawa melibatkan pelbagai lokasi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini