Kenapa ada menetapkan sesuatu zikir itu dengan dibaca bilangan ganjil seperti baca tujuh kali atau 11 kali, sedangkan kalau baca lebih banyak sepatutnya lebih bagus?
Ahmad Khair
Bentong, Pahang
Jawapan
Zikir adalah warid daripada hadis seelok-eloknya mengikut apa yang datang dan ia bersifat ganjil adalah disukai Allah Taala.
Sumbang wang pada bukan Islam
Apakah hukumnya membantu orang bukan Islam yang susah dengan menyumbangkan wang. Adakah itu juga dikira sedekah?
Raziah Ali
Klebang, Melaka
Jawapan
Hukum bersedekah sunat kepada bukan Islam adalah harus seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Qudamah.
Qada solat subuh
Bagaimana kita mahu qada solat subuh? Adakah perlu diqada pada waktu subuh juga?
Shah
Kempas, Johor
Jawapan
Qada subuh boleh dilakukan pada bila-bila waktu dan sekiranya ditinggalkan dengan cuai maka diwajibkan agar diqadakan segera.











